fbpx
Ahmad Izram ketika ditemui pemberita di ibu pejabat JBPM negeri di Batu Kawan, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Letupan gas universiti: JBPM ambil masa dua minggu lengkapkan laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan kira-kira dua minggu untuk melengkapkan siasatan berhubung insiden letupan gas di kawasan penyelenggaraan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang andaian awal sebaliknya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar letupan.

Menurutnya, tempoh siasatan bergantung kepada tahap kerumitan analisis termasuk ketersediaan peralatan seperti mesin GC-MS (Gas Chromatography Mass Spectrometry).
“Sekiranya kelengkapan mencukupi, siasatan boleh diselesaikan dalam tempoh kira-kira seminggu. Namun, ada ketika mesin berkenaan memerlukan masa lebih lama.

“Jika siasatan memerlukan teknologi atau peralatan yang lebih canggih, sampel akan dirujuk ke makmal luar yang bertauliah.

“Buat masa ini, kita menetapkan tempoh kira-kira dua minggu untuk mendapatkan laporan lengkap kerana punca kejadian perlu dikenal pasti dengan tepat sebelum sebarang pengumuman dibuat,” katanya pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Dengan Kerjasama Biro Kebajikan PERISMA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Batu Kawan di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kejuruteraan mekanikal yang dijadualkan menamatkan latihan industri dalam masa terdekat disahkan maut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN