fbpx
Petugas AEON Bank akan membantu jemaah dan pengunjung Masjid Al-Sultan Abdullah untuk mengetahui lebih lanjut tentang bank tersebut.

Kunjungi kios AEON Bank di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) menjemput orang ramai untuk datang ke Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118,  esok bermula pukul 10 pagi  hingga 3.00 petang, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali perbankan Islam digital dengan lebih dekat.

Diadakan bersempena  siaran langsung Ulang Tahun ke-25 IKIMfm ’25 Hours Live’,
acara ini akan berlangsung di lokasi ikonik negara yang memberikan peluang kepada AEON Bank untuk berinteraksi bersama komuniti, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu pasukan bank mendapatkan maklumat lanjut tentang  perbankan digital AEON Bank mengikut keselesaan masing-masing.

“Pengunjung berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tawaran patuh Syariah AEON Bank seperti Akaun Simpanan-i dan Savings Pot dengan ciri penyesuaian yang fleksibel, termasuk Neko Sensei dan program ganjaran gamifikasi Neko Missions.

“Mereka juga boleh mendapatkan penerangan tentang bagaimana Program AEON Points diintegrasikan ke dalam aplikasi AEON Bank, di mana mata ganjaran boleh ditukar kepada tunai dan boleh dikreditkan terus ke akaun bank pelanggan, di samping menikmati kelebihan dalam ekosistem yang ditawarkan syarikat.

“Melalui sesi ini, orang ramai boleh mendapatkan penerangan yang lebih jelas, memahami bagaimana prinsip Syariah diaplikasikan dalam urusan perbankan harian, dan membuat pilihan perbankan patuh Syariah dengan lebih yakin,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai juga diajak untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah yang baharu sahaja dibuka, terletak di dalam presint Merdeka 118. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI