fbpx
Sebuah kilang memproses sisa minyak di Kampung Olak Lempit di Banting yang terbakar semalam. - Foto oleh IHSAN JBPM

Kilang minyak di Olak Lempik terbakar, bomba masih giat padam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANTING – Sebuah kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak di Kampung Olak Lempit di sini terbakar malam tadi dengan usaha memadamkan kawasan terjejas masih diteruskan setakat ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

“Masih ada sedikit kawasan yang terbakar, usaha pemadaman kawasan terjejas masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran ini pada pukul 10.03 malam tadi.

JBPM Selangor berkata, susulan maklumat itu, pihaknya menghantar enam jentera dengan kekuatan 37 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Sehingga jam 10.55 malam tadi, kebakaran belum terkawal dan anggaran peratusan kebakaran semasa adalah 80 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN