fbpx
Anwar menerima kunjungan hormat Yusof di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Kerajaan pastikan kebebasan berkarya dipelihara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan terus memastikan kebebasan penggiat seni dalam berkarya terus dipelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, ia bertujuan agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju industri perfileman tempatan, di Putrajaya hari ini.

Dalam pertemuan itu jelas beliau, kedua-duanya bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi industri kreatif.

“Ia termasuk isu cukai hiburan yang dibangkitkan, yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama kerajaan negeri.

“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap karya filem Sheriff sebelum ini yang menyentuh isu rasuah dan integriti, serta menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha kerajaan menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara,” katanya menerusi media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN