fbpx
RachL berkongsikan pengalamannya dalam pekerjaan lalu. - TikTok

‘Jangan terlalu jujur mengkritik bos’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang perunding jenama di Singapura menasihati orang ramai agar tidak terlalu jujur ketika memberi kritikan kepada majikan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan susulan, lapor portal berita Must Share News semalam.

Melalui perkongsian video di platform TikTok, wanita dikenali sebagai RachL itu berkata, salah satu kesilapan terbesar dalam kariernya adalah mengkritik bos di tempat kerja lamanya.

Menurut RachL, insiden itu berlaku ketika dia bekerja di syarikat tersebut selama tiga setengah bulan apabila bosnya bertanyakan soalan tentang persekitaran kerja  di situ.

“Saya cuma menjadi diri sendiri iaitu menjawab dengan jujur,” katanya sambil memberitahu bahawa dia suka bekerja di situ, namun firma berkenaan pelu lebih tersusun.

RachL menjelaskan bahawa firma itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih agak baharu dan kekurangan struktur organisasi.

Merujuk kepada pengalamannya menjalani latihan amali di syarikat lebih besar, RachL berkata, dia sudah biasa dengan sistem dan proses yang lebih jelas.

Dia kemudian memberikan cadangan tentang bagaimana syarikat itu ‘boleh diuruskan dengan lebih cekap’.

Setengah jam selepas mesyuarat itu, RachL menerima e-mel daripada bosnya yang berbunyi: “Saya percaya kita mempunyai visi yang berbeza dan jika anda mahu pergi, anda harus pergi (meletak jawatan).”

RacheL mengakhiri videonya dengan berkata, pengajaran yang diperolehnya adalah seseorang itu tidak sepatutnya ‘menjawab terlalu jujur ​​di tempat kerja’.

Kejadian tersebut berlaku dua tahun lalu, manakala RachL kemudian bertukar kerjaya di syarikat lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN