Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki ‘menyelamatkan diri’ selepas terserempak dengan seekor babi hutan yang dilihat berjalan di Ampang Jaya, Selangor mencetuskan perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Nakus21, haiwan liar itu kelihatan berjalan ke arah padang, menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mengelaknya.
Dalam hantaran lain, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai pelajar sekolah turut dilihat menyelamatkan diri daripada babi hutan tersebut.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan kehadiran haiwan liar di kawasan perumahan tersebut.
“Taman Rasmi Jaya, Ampang ini memang selalu (babi hutan) merayau di kawasan perumahan situ,” komen @Nini.
“Masalahnya dua-dua pun terkejut. Maaf adik, tergelak kakak tengok ini. Mujur tiada apa terjadi,” komen @UmmuNawwar.
“Kalau di kampung semua haiwannya pemalu. Aku baru tegur sahaja, sudah kelam kabut lari. Monyet sahaja yang tak boleh ditegur, nanti makin dikejar,” komen @EmaFarhana. –KOSMO! ONLINE














