fbpx
Kejadian seorang lelaki yang menunjuk kemaluannya kepada pekerja di sebuah kedai kosmetik di Kuantan, Pahang, semalam mencuri perhatian pengguna media sosial.

[VIDEO] ‘Ingat betul-betul nak membeli, tiba-tiba tunjuk angrybird’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian seorang lelaki yang menunjuk alat sulitnya kepada pekerja di sebuah kedai kosmetik di Kuantan, Pahang, semalam mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok oleh @putrishanis, lelaki terbabit dilihat memasuki kedai berkenaan dengan penampilan seperti pelanggan biasa yang ingin membeli barangan.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika berada di dalam premis, individu tersebut bertindak tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada beberapa pekerja wanita di kedai berkenaan.

Menurut pihak kedai, premis tersebut sebenarnya menggunakan sistem kunci automatik dan hanya dibuka selepas kakitangan menyangka lelaki itu adalah pelanggan biasa.

“Penunjuk ‘angrybird’ bebas di Beauteshi Kosmetik, Kuantan, Pahang. Hati-hati semua.

“Kedai kami memang kunci automatik. Pekerja memang tidak sangka sebab dia memang nampak seperti pelanggan biasa yang datang mahu membeli. Sebab itu mereka bukakan pintu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mereka turut menasihatkan peniaga agar lebih berwaspada dan lebih berhati-hati lebih-lebih lagi yang mempunyai pekerja wanita.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan pekerja, terutamanya wanita.

“Boleh trauma macam ni bila jadi depan mata. Harap pekerja-pekerja tu baik-baik saja,” komen Nuraini.

“Takutnya. Kita dah la selalu sorang-sorang beli barang area situ. Risau pulak rasa,” kata @pena.si.tunggal

“Kesiannya pekerja. Nasib baik dia tidak kacau lebih-lebih dan tidak buat apa-apa dekat pekerja. Hati-hati semua,” komen Syaz Min. – KOSMO! ONLINE

@putrishanis INFO PENTING ‼️ STAFF TELAH PUN MENYAMAK SEGALA BENDA DALAM KEDAI HARI INI 🤮 DAN KEDAI KAMI MEMANG AUTO LOCK! TAPI STAFF TAK EXPECT YANG DIA NAMPAK MACAM CUSTOMER NORMAL JE. DATANG NAK MEMBELI. SO MEREKA BUKA! #beauteshikosmetik #kuantan ♬ original sound – shikigami – jewok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN