fbpx
Mohamad pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, WTC, malam ini. - Foto oleh IQBAL ROSLY

PRU16 – UMNO disaran berhenti jual sejarah, fokus masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – UMNO perlu segera melakukan ‘gangguan kreatif’ dan menghentikan pendekatan lama jika mahu kekal relevan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lebih separuh pengundi kini terdiri daripada generasi muda yang tidak mempunyai nostalgia terhadap kegemilangan silam Barisan Nasional (BN)

“Mereka tidak mengundi atas dasar sejarah. Mereka tanya soal gaji, rumah dan masa depan,” katanya.

Menurut beliau, UMNO mesti menawarkan penyelesaian ekonomi sebenar termasuk peluang pekerjaan bergaji tinggi, perlindungan ekonomi gig serta latihan TVET berteknologi tinggi.

Katanya, parti itu juga perlu bergerak agresif ke arah pendigitalan dan menguasai medan media sosial yang kini dikuasai pihak lawan.

“Sabah mengajar kita satu perkara, kita kalah di TikTok,” katanya sambil menggesa Puteri UMNO menjadi jentera perang maya parti.

Dalam masa sama, Wanita UMNO diarahkan menjadi penyelesai masalah ekonomi rakyat, manakala Pemuda UMNO bertindak sebagai pendesak dan loceng kecemasan dalam kerajaan.

Beliau menegaskan, UMNO akan memasuki PRU16 sebagai BN dengan kekuatan sendiri dan kembali membawa peranan sebagai ‘induk’ yang melindungi semua kaum.

“Kita pernah jatuh, tetapi kita tidak pernah mati,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI