fbpx
HOTEL yang didakwa mempromosikan konsep ‘gay friendly’ diserbu MPHTJ bersama JAIM, semalam.

Pemilik hotel promosi ‘gay friendly’ belum muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pemilik hotel yang tular didakwa mempromosikan konsep ‘gay friendly’ masih belum hadir ke pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, pemilik premis itu sepatutnya hadir ke pejabat pada hari ini, namun memaklumkan tidak dapat berbuat demikian dan berkemungkinan akan hadir esok.

“Sepatutnya dia datang hari ini tetapi tidak jadi. Mungkin esok (pemilik datang).

“Tak pasti (sebab tidak hadir) tetapi kita aturkan esok pukul 2.30 petang,” katanya ringkas ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah hotel di negeri ini yang didakwa mempromosikan konsep ‘gay friendly’ ditinggalkan kosong ketika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama MPHTJ menyerbu premis itu kira-kira pukul 11 pagi.

Sapiah berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada penjaga premis mahupun pelanggan berada di lokasi, namun keadaan salah sebuah bilik hotel didapati seperti baru digunakan, selain menjumpai dua kotak kondom yang telah digunakan di dalam tong sampah.

Katanya, usaha mendapatkan penjelasan pengurus hotel juga gagal apabila individu terbabit mengelak daripada hadir ke premis ketika serbuan dijalankan.

Ujarnya, susulan itu lesen perniagaan premis telah dibawa oleh Jabatan Pelesenan (JPL) MPHTJ bagi tujuan tindakan lanjut serta satu notis mengarahkan pemilik hadir ke pejabat dikeluarkan.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial Thread yang mendakwa sebuah hotel di negeri ini mempromosikan konsep ‘gay friendly’, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Hantaran itu dimuat naik oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, yang membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’ seperti pet-friendly, family-friendly, Muslim-friendly dan kini gay-friendly.

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’. Lepas ini apa pula idea kreatif akan muncul? ‘Babi friendly’ atau ‘LGBT friendly’?” tulisnya secara sinis.

Beliau turut menzahirkan rasa terkejut terhadap penggunaan istilah tersebut secara terbuka dalam konteks perniagaan hospitaliti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI