fbpx
Mangsa ditemui ‘tergantung’ dalam keadaan terbalik di sebatang tiang elektrik di wilayah Chon Buri kelmarin. - Thairath

Lelaki tergantung terbalik di tiang elektrik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera selepas tergantung di tiang elektrik bervoltan tinggi ketika melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) berhampiran Pantai Tawaen di wilayah Chon Buri kelmarin. 

Pihak berkuasa menemukan mangsa yang dikenali sebagai Michael, 55, tergantung dalam keadaan terbalik di tiang elektrik setinggi lebih 10 meter. 

Operasi menyelamat menjadi sukar akibat risiko terkena renjatan elektrik, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mematikan bekalan elektrik di seluruh pulau itu. 

Mangsa berjaya dibawa turun dari tiang selepas kira-kira sejam kemudian. 

Dia mengalami kesan lecur dan luka pada kedua-dua kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI