fbpx
Tangkap layar video menunjukkan mangsa membawa ular ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - X

Lelaki kena patuk, bawa ular pergi hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang pemandu beca elektrik di India mengejutkan orang ramai apabila membawa ular yang mematuknya ke hospital ketika dia mahu mendapatkan rawatan, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Mangsa yang dikenali sebagai Deepak, 39, datang ke sebuah hospital tempatan selepas dipatuk seekor ular sepanjang 45.72 sentimeter di negeri Uttar Pradesh kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @TheSiasatDaily menunjukkan Deepak mengeluarkan reptilia itu dari jaketnya apabila ditanya oleh perakam mengenai jenis ular yang mematuknya. 

“Mangsa diarah untuk meninggalkan reptilia itu di luar hospital kerana membahayakan nyawa pesakit lain. 

“Kakitangan hospital segera menghubungi polis untuk menangkap ular itu,” kata Ketua Penguasa Perubatan, Neeraj Agrawal semalam. 

Tidak dijelaskan spesies ular tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN