fbpx
Jefri Nichol mencuri tumpuan netizen Malaysia selepas dia berkongsi momen berada di Pontian, Johor.

Jefri Nichol curi tumpuan, melawat kilang kondom di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol mencuri tumpuan netizen Malaysia selepas dia berkongsi momen berada di Pontian, Johor.

Jefri berada di sana untuk melawat kilang pembuatan kondom di mana dia bertindak sebagai duta untuk jenama kondom tersebut.

Pelakon filem Ali Topan itu juga berkongsi pengalamannya menjadi salah seorang pekerja kilang dengan memeriksa kualiti kondom yang dihasilkan.

“Ternyata susah untuk menguji sama ada terdapat lubang pada setiap kondom yang dihasilkan. Harus diuji satu per satu. Setiap pekerja harus menguji 12,000 kondom dalam satu ‘shift’. Ada tiga ‘shift’ dalam sehari,” tulisnya.

Selain berkongsi pengalamannya di kilang tersebut, bekas kekasih Ameera Khan itu juga sempat berkongsi fotonya membeli durian di tepi jalan.

Netizen yang terkejut melihat kehadiran aktor sensasi itu di Pontian sempat berseloroh memintanya untuk mencuba makanan tempatan iaitu burasak.

Malah ada juga netizen yang baru mengetahui kewujudan kilang pembuatan kondom di negeri selatan tanah air itu.

“Walaupun aku orang Johor, tapi aku baru tahu di Johor ada kilang kondom. Terima kasih Jefri,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN