fbpx
Mohd. Yusoff (tengah) menunjukkan selaras senapang dan dua pucuk pistol buatan sendiri yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

Guna senjata api buatan sendiri ugut peminjam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua beradik dicekup selepas dipercayai menggunakan senapang dan dua pucuk pistol buatan sendiri yang dipelajari menerusi video di YouTube untuk mengambil upah sebagai pengutip hutang along dalam serbuan di Jelawat, Bachok dekat sini semalam.

Selain senjata api, sebanyak 27 biji serbuk kaliber, dua kelopak peluru, sebuah motosikal dan tiga buah telefon bimbit turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang besi itu mempelajari pembuatan senjata api menerusi video di YouTube.

Katanya, kesemua bahan-bahan untuk membuat senjata api itu dibeli secara dalam talian melalui platform e-dagang.

“Kedua-dua suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu malah mereka sudah membantu mengutip hutang along sebanyak RM200,000 di sekitar Bachok dan Pasir Puteh.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata api itu digunakan untuk menakut-nakutkan peminjam semasa mengutip hutang tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati, dua beradik itu positif dadah masing-masing memiliki rekod jenayah lampau termasuk kes narkotik.

Menurutnya, kedua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 akta sama dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN