fbpx
TANGKAP layar video lori tipper dipandu secara berbahaya di Jalan Perani, Kota Tinggi hari ini.

[VIDEO] Lori tipper dipandu terhuyung-hayang undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Tindakan seorang pemandu lori tipper didakwa memandu dalam keadaan membahayakan nyaris mengundang tragedi apabila kenderaan berat itu beberapa kali dilihat memasuki laluan bertentangan di Jalan Perani, di sini.

Insiden berkenaan tular di media sosial menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 48 saat dengan kapsyen yang mengingatkan pemandu agar berhenti di tepi jalan sekiranya mengantuk bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna lain.
Berdasarkan rakaman tersebut, lori tipper terbabit dilihat dipandu secara tidak stabil sebelum memasuki laluan bertentangan.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan dari arah hadapan terpaksa mengelak ke tepi jalan bagi mengelakkan perlanggaran.

Perbuatan berbahaya itu mencetuskan kebimbangan orang ramai, malah ada yang mendakwa pemandu lori berkenaan dipercayai mengantuk.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan pemilik serta pemandu lori tipper terbabit.

“Kita sedang mengesan pemilik lori terbabit dan tindakan sewajarnya akan diambil. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian boleh salurkan kepada pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN