fbpx
Biografi palsu itu dimuat naik di platform Truth Social milik Trump. - SWNS/ Truth Social

Trump isytihar beliau ‘Pemangku Presiden Venezuela’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi tular apabila memuat naik tangkap layar palsu menggelar dirinya sebagai Pemangku Presiden Venezuela, lapor akhbar Metro UK. 

Trump berkongsi tangkap layar yang diubah suai menyerupai biografi laman web sumber terbuka, Wikipedia itu di platform Truth Social miliknya. 

Biografi palsu tersebut menyenaraikan Trump sebagai Pemangku Presiden Venezuela bermula pada Januari 2026. 

Hantaran itu mencatatkan lebih 25,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Lelaki ini (Trump) suka cetuskan kontroversi,” kata seorang netizen. 

Langkah itu dibuat selepas pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro ditahan bersama isterinya oleh tentera AS pada awal bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI