fbpx
Ahmad Farhan menyantuni orang ramai ketika hadir ke Program Jom Ke Sekolah Parlimen Indera Mahkota 2026, di Dewan Atabara, Kuantan Sabtu lalu.

Program Jom Ke Sekolah 2026 digerak ke seluruh Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program Jom Ke Sekolah 2026 telah digerakkan secara menyeluruh di Pahang, bermula Sabtu lalu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, berkata, program itu bertujuan membantu keluarga yang memerlukan bagi membuat persiapan persekolahan.

“Saya bersama pasukan Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota telah menganjurkan Program Jom Ke Sekolah Parlimen Indera Mahkota 2026 bertempat di Dewan Atabara, Kuantan. Kerjasama strategik bersama Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Taqwa-MAIWP serta Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki itu menyediakan sebanyak 800 set kelengkapan sekolah bernilai RM160,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Farhan berkata, inisiatif tersebut telah memberi manfaat kepada 800 penerima melibatkan murid tahun 1 hingga tingkatan 5 daripada kalangan asnaf, fakir miskin dan keluarga berpendapatan rendah.

“Usaha ini diperluaskan ke seluruh Pahang dengan peruntukan 100 baucar set kelengkapan sekolah bagi setiap Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM150,000 di peringkat negeri.

“Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan hasrat untuk memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada persekolahan hanya disebabkan kekangan kewangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI