fbpx
Gambar hiasan

Lepas bersara nak jadi ejen hotel, rupanya kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang bekas pegawai bank untuk mengaut keuntungan lumayan sebagai ejen tempahan bilik hotel bukan sahaja tidak kesampaian malah dia pula yang kerugian RM 91,550 akibat diperdaya skim kerja sambilan tidak wujud.

Lelaki berusia 57 tahun yang sudah bersara awal itu membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 1.29 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara tersebut tertarik dengan iklan tawaran kerja menjanjikan komisyen lumayan yang ditemuinya di laman Facebook pada pukul 10 pagi, 5 Januari lalu.

“Mangsa terus menekan pautan diberikan sebelum dihubungi suspek sebelum nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp. Dia kemudian diajar tatacara membuat tempahan bilik hotel menerusi sebuah platform dalam talian sebelum diberikan pautan baharu untuk mendaftar sebagai ahli,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, lelaki itu seterusnya diberi kata laluan bagi memulakan tugasan iaitu 90 kali tempahan dalam tempoh 12 jam sehari bermula pukul 10 pagi.

Beliau berkata, setiap tugasan memerlukan pesara tersebut menambah kredit di dalam e-dompet diberikan bagi tujuan tempahan bilik hotel.

“Pada mulanya, mangsa menerima komisyen RM4,000 membuatnya bertambah yakin terus menambah kredit dalam e-dompet terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN