fbpx
Azam ketika temui pemberita selepas majlis Menandatangani MoU antara SPRM dengan HELP University di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

Azam bakal berkunjung ke Mindef bincang rombakan Pelan Anti Rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik kenyataan rombakan berskala besar Pelan Anti Rasuah yang disebutkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, banyak isu perolehan di Kementerian Pertahanan (Mindef) menjadi isu yang diperkatakan oleh masyarakat yang perlu dilihat secara teliti berdasarkan kes-kes yang disiasat.

“Saya sangat mengalu-alukan dan secara peribadi menunggu kenyataan yang disebutkan oleh Menteri. Dalam tempoh terdekat, saya akan membuat kunjungan hormat kepada beliau dan ketua setiausaha untuk membincangkan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Universiti HELP, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan menyerahkan hasil siasatan mengenai kes rasuah itu dalam kunjungan tersebut, Azam berkata perkara itu bukan sekadar melibatkan penyerahan dapatan siasatan semata-mata.

“Bukan sekadar menyerahkan hasil siasatan tetapi kami perlu melihat apa isu dalam Mindef termasuk beberapa isu sedia ada untuk pembersihan seperti mana yang disebutkan oleh menteri berkenaan.

“Ini termasuk perkara-perkara seperti isu peraturan, prosedur dan isu ketirisan yang menjadi kembimbangan kepada SPRM bagi pihak rakyat,” katanya.

Semalam, media melaporkan rombakan berskala besar akan dilakukan terhadap Pelan Anti Rasuah Mindef dalam usaha membanteras jenayah rasuah yang telah berakar umbi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, rombakan tersebut merangkumi semakan dan penambahbaikan menyeluruh terhadap semua proses tender dan perolehan agar selaras dengan amalan terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI