fbpx
Tangkap layar aksi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dibandingkan dengan ikon hiburan dunia.

‘TokTi lompat pentas, teringat Michael Jackson dan Shah Rukh Khan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi lompatan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke atas pentas ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dibandingkan dengan beberapa ikon hiburan dunia.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @by_kuzan, dia menyamakan aksi spontan penyanyi nombor satu negara itu dengan persembahan artis antarabangsa seperti Michael Jackson dan Billie Eilish, selain turut mengaitkan dengan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

“Michael Jackson pernah buat, Billie Eilish pun, yang terbaharu TokTi, tetapi Shah Rukh Khan juga yang paling legenda siap boleh ‘backflip’,” tulisnya di ruangan video.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut terhibur dengan perbandingan berkenaan dan turut memuji tenaga Datuk Seri Siti Nurhalizavyang masih bertenaga.

“Mantap semuanya. TokTi seorang sahaja versi pahlawan wanita,” komen @fazly.xadax1r

“Baru rasa nak puji TokTi, akhir-akhir letak Shah Rukh Khan pula ya. Adoi terhibur,” kata Azwanaziz.

“Masa tengok Datuk Siti buat waktu konsert tu saya pun terus teringat Shah Rukh Khan punya scene juga,” komen @akucintakeamanan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN