fbpx
Pantai Teluk Kalong yang bertukar kehitaman akibat dicemari sisa arang batu di Kemaman hari ini.

Sisa arang batu terdampar, Pantai Teluk Kalong bertukar hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pesisir Pantai Teluk Kalong di sini seluas kira-kira 500 meter dicemari longgokan sisa batuan berwarna hitam dipercayai arang batu sejak kelmarin.

Selain itu, pencemaran sisa arang batu tersebut juga didapati berlaku namun dalam kuantiti sedikit di Pantai Telaga Simpul dan Pantai Senanjang berhampiran.

Seorang peniaga, Ahmad Firdaus Che Yahaya, 43, percaya longgokan sisa arang batu yang terdampar di pesisir pantai berkenaan berpunca daripada sebuah tongkang yang hanyut di perairan berhampiran sejak lebih seminggu lalu.

“Saya perasan tongkang yang dipercayai membawa muatan arang batu itu semakin menghampiri daratan dan senget sejak Khamis lalu.

“Pada mulanya ia menyebabkan tompokan berwarna hitam di permukaan laut sebelum sisa arang batu tersebut mula terdampar di pesisir pantai pada kelmarin,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Teluk Kalong di sini hari ini.

Ahmad Firdaus berkata, fenomena air pasang besar dan ombak besar telah mempercepatkan lagi sisa arang batu berkenaan terdampar ke pesisir pantai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI