fbpx
Seorang wanita maut terbabit nahas dua buah kenderaan ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah sekolah agama di kilometer 240.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), pagi tadi. Foto IHSAN PEMBACA

Wanita maut ketika hantar anak ke asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang wanita maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah sekolah agama di Kilometer (KM) 240.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun yang juga penumpang hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria meninggal dunia di lokasi tersebut.

Katanya, nahas membabitkan kenderaan jenis Ford Kuga dinaiki tiga beranak dan MPV Naza Ria dinaiki mangsa, suami serta empat anak berusia lima hingga 14 tahun.

“Siasatan awal mendapati, nahas dipercayai berlaku apabila pemandu Ford Kuga berusia 56 tahun yang berada di lorong kiri mengubah laluan ke lorong tengah sebelum melanggar belakang MPV. Pelanggaran itu menyebabkan MPV tersebut terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Mangsa tercampak dari MPV dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Suami mangsa serta anak perempuan mereka berusia 10 tahun mengalami pendarahan di kepala dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Pemandu Ford Kuga mengalami luka kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN