fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seekor harimau belang muncul kembali di Ulu Tembeling, Pahang, semalam.

[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau belang dipercayai berkeliaran di kawasan semak selepas satu rakaman tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Menerusi hantaran pengguna TikTok, kehadiran haiwan liar itu mengejutkan penduduk setempat, terutama apabila pak belang tersebut ‘memantau’ kawasan sekitar sebelum bergerak perlahan-lahan meninggalkan lokasi tersebut.

“Mana pihak berwajib, tolonglah. Kami tak berani sangat,” katanya pada ruang kapsyen.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seekor harimau belang dijumpai berehat di Jalan Ulu Tembeling berhampiran Felcra Ulu Tembeling selepas dipercayai membaham lembu bunting.

Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk dan pengguna media sosial yang rata-rata bimbang dengan keselamatan ramai.

“Hutan itu memang tempatnya (habitat). Pelihara baik-baik sebab mereka semakin pupus,” kata @Lysaw.

“Kasihan haiwan liar di hutan. Mungkin depan-depan nampak masih tebal hutan tapi di belakang sudah habis ditarah. Itu yang membuatkan haiwan liar keluar,” ujar @Shah.

“Sebagai pencinta haiwan yang hampir pupus, jika masih ada pak belang, maksudnya makanan untuknya masih cukup dalam hutan. Jadi, berdamailah dengan alam ya,” komen @Atim. –KOSMO! ONLINE

@hazelnutcoffee1979mana pihak berwajib..tolongla..kami ni tak la berani sgt..♬ original sound – ℋ𝒶𝓏ℯ𝓁𝓃𝓊𝓉𝒞ℴ𝒻𝒻ℯℯ☕

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI