fbpx
Anggota pasukan penyelamat mengangkat mayat Muhammad Zarif yang dijumpai di Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

Mayat Muhammad Zarif ditemui terdampar di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Mayat Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, yang ditarik ombak besar di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini pada kelmarin berjaya ditemui, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mayat kanak-kanak tersebut ditemui pada pukul 3 pagi.

“Pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk kampung telah menemui mayat mangsa terdampar di tepi pantai.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dihanyut ombak besar di Pantai Pengkalan Atap,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Muhammad Zarif telah dicam ahli keluarga sebelum dihantar Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Muhammad Zarif ditarik ombak besar sewaktu mahu mencuci kaki di tepi Pantai Sauh pada pukul 6.32 petang kelmarin.

Kanak-kanak itu bersama kakak dan dua sepupu lelaki sebaya dibawa ibu saudaranya bersiar-siar di pantai tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI