fbpx
Nor Hashim Puteh menyiram air mawar di pusara anaknya, Nor Hazimi yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengadang Baru, Kuala Terengganu hari ini.

Kemalangan maut hari pertama sekolah: Jenazah Hazimi selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jenazah pelajar yang maut akibat kemalangan pada hari pertama persekolahan hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengadang Baru, di sini hari ini.

Pengebumian Nor Hazimi Nor Hashim, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin selesai sepenuhnya pada pukul 6 petang.

Seramai kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan sekolah Nor Hazimi menghadiri majlis pengebumian anak ketiga daripada lima beradik berkenaan.

Terdahulu Nor Hazimi yang berpakaian seragam sekolah sewaktu kejadian maut selepas motosikal Honda C100 yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Kepong di sini.

Sewaktu kemalangan pada pukul 6.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai di sini selepas mengisi minyak motosikal di sebuah stesen minyak di Pengadang Baru di sini.

Allahyarham Nor Azimi sepatutnya mengambil adik perempuannya, Nor Hasmiea, 14 yang juga pelajar tingkatan dua SMK Padang Midin di rumah untuk sama-sama ke sekolah dengan menaiki motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN