fbpx
Mohd. Najwan

Program berunsur LGBT di Hulu Langat perlu dibatalkan – Najwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mendesak penganjur membatalkan program didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Hulu Langat, minggu depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, penganjuran program itu jelas tidak selaras dengan norma masyarakat dan nilai agama yang diamalkan di negara ini.

“Mereka (penganjur) sepatutnya tidak payah buatlah. Jika (masih berdegil) buatlah aktiviti perkhemahan atau riadah. Jangan sebar perkara mengarut seumpama itu kerana Malaysia tidak mengiktiraf LGBT,” katanya selepas merasmikan Selangor Future Cup Daerah Petaling di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri telah berhubung dengan polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai perkara itu selain kenyataan tegas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang umat Islam menyertai program berkenaan.

“Umat Islam khususnya perlu menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan terlibat dalam sebarang aktiviti atau budaya LGBT. Ini bukan sekadar isu agama Islam malah agama lain turut tidak bersetuju dengan apa yang cuba disebarkan itu” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI