fbpx
Poster penganjuran perkhemahan ‘Glamping with Pride’ yang tular di media sosial.

MAIS akan sekat aktiviti songsang di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menentang dan sekat sebarang bentuk aktiviti mana-mana pihak mempromosi, menyokong atau menormalisasikan gaya hidup songsang seperti komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, orang Islam diingatkan agar tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti yang boleh dikaitkan dengan normalisasi gaya hidup songsang dan LGBT.

“Ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah ia turut bercanggah dengan undang-undang, nilai budaya timur dan norma masyarakat di Malaysia,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat Islam diseru agar sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam serta tidak mudah terpengaruh dengan agenda normalisasi LGBT yang boleh meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat Islam.

“MAIS menasihatkan mereka yang telah terjebak dengan gaya hidup songsang ini untuk kembali kepada fitrah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Salehuddin berkata, MAIS komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan untuk memastikan aktiviti normalisasi dan penyebaran pengaruh hidup songsang serta LGBT ini dapat disekat dan dicegah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI