fbpx
ARIF (kiri) dan Roy King tewas kepada beregu Rankireddy-Shetty di pusingan kedua Terbuka Malaysia kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

Arif-Roy King intai slot Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meletakkan misi serampang dua mata bagi tahun 2026 dengan fokus utama ‘memecah’ masuk ke dalam skuad Piala Thomas buat kali pertama.

Ariff mengakui dia dan rakan sepasukannya menuntut kerja keras yang luar biasa terutama tiga kejohanan pertama pada awal musim ini untuk membuktikan kemampuan kepada barisan kejurulatihan.

Menyedari persaingan sengit, Arif percaya perlu mempamerkan prestasi lebih konsisten kerana kedudukan semasa mereka sebagai beregu keempat di belakang Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

“Jika terpilih, ini akan menjadi penampilan pertama kami di Piala Thomas. Jadi, kami perlu sekurang-kurangnya melakar kejutan ke atas mana-mana pasangan 10 terbaik dunia,” katanya.

Selain misi Piala Thomas, gandingan ranking No. 17 dunia itu turut menetapkan sasaran peribadi meraih sekurang-kurangnya dua gelaran tahun ini, memperbaiki pencapaian satu kejuaraan pada 2025.

Perjalanan Arif-Roy King di Terbuka Malaysia 2026 terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Arif mengakui mereka perlu memperkemaskan kualiti pukulan serta meningkatkan kekuatan fizikal.

“Kualiti memulangkan shuttle (bulu tangkis) perlu diperbaiki. Selain itu, pukulan kami pun masih belum mencukupi, jadi saya perlu tingkatkan lagi kekuatan tangan,” jelas Arif.

Pasangan itu akan mengalihkan fokus kepada Terbuka India yang membuka tirai pada 13 hingga 18 Januari ini di mana mereka bertemu Takumi Nomura-Yuichi Shimogami dari Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI