PETALING JAYA – “Kepada pereka-pereka atau pemilik jenama yang jual baju raya, boleh tak perbanyakan rekaan yang cantik dan sesuai untuk pakai beraya di kampung – kampung yang beratapkan zink, tiada pendingin hawa, di tepi sawah”.
Itu permintaan pengguna di media sosial, @Azuredzuartw kepada para pereka fesyen menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang.
@Azuredzuartw meluahkan, kebanyakan rekaan yang dihasilkan kini tidak bersesuaian untuk digayakan dengan keadaan cuaca ketika beraya di kampung halaman yang tiada pendingin hawa.
“Ni baju semua kebanyakan rekaan (dihasilkan) yang beraya di rumah banglo, buka pendingin hawa 24 jam ja semua,” ujarnya.
Hantaran pengguna itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.
“Kenapa ya, tahun ni banyak yang jenis bersulam ja? Tanya dengan nada ingin tahu,” soal @Ayang.
“Kain pun tebal keras macam nak suruh menyanyi atas pentas,” kata @Azzalea.
“Betul tu. Banyakkan baju yang kain tak panas. Baju yang longgar, bukan baju yang ketat,” cadang @MarukochAn. – KOSMO! ONLINE














