fbpx
Asyraf pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Tiada surat peletakan jawatan Akmal diterima setakat ini.- Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang surat atau permohonan rasmi diterima UMNO berkaitan peletakan jawatan daripada Ketua Pemudanya Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepimpinan parti tidak akan bergantung kepada hantaran di media sosial atau dakwaan yang tidak disahkan.

Malah kata beliau, setakat ini tiada sebarang pemakluman rasmi atau pengesahan bertulis diterima berhubung perkara itu.

“Tak ada. Saya sebagai Setiusasaha Agung Parti, kita tidak berpandukan apa yang diperkatakan di media sosial ataupun cakap-cakap yang berlegar,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2025) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, sebagai ‘abang’, beliau menasihatkan Akmal supaya tidak lemah semangat walaupun pandangannya tidak diterima.

“Perbezaan pandangan itu biasa, saya dulu pernah jadi ketua pemuda, pandangan saya tidak diterima oleh semua MKT (Majlis Kerja Tertinggi) pada satu ketika tetapi itu tidak menyebabkan kita harus mengundur diri ataupun lemah semangat kerana itu biasa di dalam tradisi berorganisasi.

“Kadang-kala pandangan kita itu diterima kadang-kala pandangan itu tidak diterima. Yang paling penting dalam prinsip UMNO ini kita sentiasa berpandukan kepada syura,”katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Akmal menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan bukan sahaja sebagai Ketua Pemuda UMNO, malah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Menurut sumber portal berita itu, Akmal telah memaklumkan hasratnya itu kepada sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO menerusi satu mesej WhatsApp semalam ketika beliau berada di Shanghai, China.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI