fbpx
Saarani (tiga dari kanan) ketika hadir merasmikan pejabat operasi baharu A-Asign Corporation di Ipoh semalam.

Sektor GBS Perak terus berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pembangunan ekonomi digital Perak memasuki fasa penting dengan perasmian pejabat operasi baharu A-Asign Corporation di Ipoh semalam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemilihan lokasi itu sebagai lokasi operasi mereka adalah tanda keyakinan terhadap potensi negeri ini sebagai destinasi perniagaan dan perkhidmatan bernilai tinggi.

“Sektor Global Business Services (GBS) kini menjadi realiti ekonomi baharu merangkumi pengurusan data, analitik, teknologi cloud, kecerdasan buatan dan automasi pintar.

“Pembangunan sektor GBS di Perak akan membuka ruang kepada anak-anak negeri ini untuk membina kerjaya berkemahiran tinggi di negeri sendiri, tanpa perlu berhijrah ke luar,” katanya di Ipoh semalam.

Saarani berkata, kehadiran A-Asign Corporation di Perak itu juga dilihat sebagai rakan strategik yang membawa pengalaman, kepakaran dan amalan operasi bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata, dengan hampir dua dekad pengalaman dalam ekosistem GBS, A-Asign berpotensi menyumbang kepada pemindahan ilmu, pembangunan bakat tempatan dan peningkatan keupayaan digital negeri.

“Semoga penubuhan pejabat operasi ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi digital Perak dan memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI