JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melafazkan cerai ke atas isterinya ketika mengadakan siaran langsung di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dikongsi di platform sama oleh akaun @feedgramindo menunjukkan lelaki terbabit sedang mengadakan siaran langsung yang disertai beberapa pempengaruh media sosial.
Dia kemudian mengalihkan kamera ke arah isterinya lalu melafazkan cerai, menyebabkan orang ramai terkejut.
Wanita itu hanya berdiri dan mendiamkan diri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 245,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kesian isterinya,” kata seorang netizen.
“Dia (lelaki berkenaan) kata tidak mampu melihat isterinya, kenapa tidak dipulangkan kepada keluarganya?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














