SHAH ALAM – Isu kenaikan tambang bas sekolah yang menjadi rungutan ramai ibu bapa dipercayai berpunca daripada pengusaha bas haram. Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, pemilik kenderaan haram tidak menerima sebarang bantuan atau subsidi daripada kerajaan seperti minyak, cukai jalan dan tol. Menurutnya, situasi ini menyebabkan kos operasi mereka jauh lebih tinggi berbanding pengusaha bas sekolah yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Sudah……














