“Tipulah kalau saya tidak terduduk apabila kehilangan pekerjaan. Saya menangis sepuas-puasnya. “Apatah lagi saya memikirkan mengenai komitmen bulanan yang tinggi untuk membayar pembiayaan perumahan dan kereta, namun saya tidak boleh terus jatuh dan bersedih mengenangkan nasib kerana perlu bangkit untuk mencari rezeki.” Begitulah luahan Norzira Syarini Mohammed Pauzi kepada K-Wanita baru-baru ini kala mengimbas keperitan yang dialaminya setelah kehilangan pekerjaan pada Disember 2019. Namun, itulah detik pedih yang membawanya menjadi seorang usahawan berjaya dalam bidang pengiklanan hari ini. Kini, menginjak……














