fbpx
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi ke Republik Türkiye.

Anwar selamat tiba di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi ke Republik Türkiye.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau kemudian terus ke pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.

“Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia!,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, lawatan rasmi itu diadakan dari 6 hingga 8 Januari ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye yang telah lama terjalin.

Sepanjang lawatan rasmi itu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (High-Level Strategic Council) antara kedua-dua negara.

Beliau turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi dari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI