fbpx
Wan Rosdy ketika merasmikan Penutupan Bengkel Anjakan Paradigma Pendidikan SMAN di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Wan Rosdy nafi Pahang sekular, tegur politik perpecahan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Rakyat Pahang diminta supaya tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan pembangkang yang mendakwa kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersifat sekular dan mengabaikan kebajikan orang Melayu dan umat Islam di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas yang mana kehadiran wakil DAP turut memudahkan urusan pentadbiran.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional di Pahang tidak memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan.
Jadi, kerjasama dengan parti lain adalah satu keperluan demi memastikan kestabilan dan kelangsungan pentadbiran negeri,” katanya ketika merasmikan Penutupan Bengkel Anjakan Paradigma Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) di sini, hari ini.

Menurut beliau, perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik hanya akan merugikan bangsa sedangkan pihak lain meraih manfaat daripada perbalahan tersebut.

“Orang kata ini UMDAP. Saya nak jelaskan, semasa tiada DAP dalam kerajaan negeri, bantuan penjawat awam hanya dibayar sebulan setengah gaji. Apabila mereka ada dalam EXCO dan saya cadangkan bayaran dua bulan gaji, satu ayat pun tidak dengar mereka membantah.

“Sepanjang tiga tahun (pentadbiran) ini, ada masanya urusan lebih mudah dengan mereka berbanding MCA. Kadang-kadang mereka beri pandangan yang baik berkaitan isu ketirisan, jalan berlubang dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI