PETALING JAYA – Seorang wanita membuat kejutan sempena sambutan hari lahir anak saudaranya dengan kehadiran anggota polis sekali gus mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Subalakkshmi_, memaparkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun menanti kedatangan kereta polis di hadapan rumah.
“Saya mahu buat satu kejutan yang sangat istimewa untuk dia (anak saudara). Saya dan abang kumpul semua keberanian, buat panggilan dan tak sangka ia benar-benar menjadi.
“Pegawai polis itu memberikan nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan membesar menjadi insan yang baik,” katanya.
Video berdurasi 1 minit 38 saat itu turut memaparkan salah seorang anggota polis memakaikan beret pada kanak-kanak tersebut.
Difahamkan, dua anggota keselamatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya itu turut bergambar dengan anak saudaranya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna memberikan pujian terhadap keprihatinan anggota polis, selain memuji usaha keluarga tersebut meraikan hari lahir kanak-kanak itu.
“Saya doakan anak saudara kamu akan menjadi seorang pegawai polis suatu hari nanti. Jangan risau dengan cabaran kehidupan. Selamat hari lahir, adik,” komen @PuvaanRaj.
“Terima kasih abang polis. Perkara ini yang akan beri motivasi kepada anak muda. Kamu berjaya berikan hadiah hari lahir paling bermakna untuk dia,” komen @Sugar_cravers. – KOSMO! ONLINE
@subalakkshmi_ It’s a beautiful birthday surprise video for my Nephew , Om ❤️ Thank You Mr.Amsyar and Mr.Abdullah for Being Om’s Hero … 🫡 Happy 3 years old Om ! Suba loves you very much ❤️ #policemen #pdrm #birthdaysurprise #ampangjayapolice #malaysia ♬ Vaa Chellam (From “Pon Magal Vandhal”) – Govind Vasantha & Brindha Sivakumar














