fbpx
Dr. Muhammad Akmal

Kritikan dan prinsip perkara berbeza – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kritikan dan prinsip dua perkara berbeza”

Demikian hantaran terbaru Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial hari ini.

Menurutnya, beliau memang selama ini dikritik, tetapi itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

“Kritik selama ini pun saya dikritik dan saya tidak ada masalah, malah saya melawan lagi.

“Tetapi prinsip saya tidak akan pernah berganjak walau seinci. Itu bezanya,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita hari ini menegaskan, golongan muda perlu menerima perbezaan pandangan dan kritikan.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO dan golongan pemuda sememangnya perlu mempunyai idealisme tersendiri.

“Kalau berdepan pandangan berbeza atau komen-komen, kita mesti terima itu sebagai melayani perbezaan pendapat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, selama ini ramai pihak termasuk pemimpin politik sering mengkritik pihak lain, namun apabila diri sendiri dikritik, ada yang gagal menerimanya.

“Kenapa bila orang kritik kita, kita kata orang itu tidak demokratik atau tidak terima hakikat, tetapi bila kita pula dikritik atau ada yang tidak setuju dengan kita, mula mahu mencari jalan singkat,” katanya.

Ahmad Zahid diminta oleh pemberita untuk mengulas kenyataan Dr. Muhamad Akmal semalam yang bersedia untuk melepaskan jawatan disandang

Ia selepas desakannya supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan mewujudkan kembali Muafakat Nasional ditolak oleh pimpinan tertinggi parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI