fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kereta Avanza itu dipandu secara melawan arus baru-baru ini. - Instagram

Avanza kedekut bayar tol buat ‘U-turn’, lawan arus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kereta Avanza mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dirakam membuat pusingan u sebelum melawan arus di sebuah plaza tol di Indonesia, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di Tol Bandara Soekarno-Hatta pada Sabtu lalu. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @dascam_owners_Indonesia menunjukkan kereta itu dipandu secara melawan arus sehingga hampir melanggar kenderaan lain yang berhenti di tepi jalan. 

Ketua Polis Trafik Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, AKP Sularno berkata, Avanza tersebut berhenti di plaza tol sebelum membuat pusingan u dan melawan arus. 

“Petugas sempat berlari dan menghalang kereta itu daripada membuat pusingan u tetapi tidak diendahkan. 

“Kami sedang memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan,” kata Sularno. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN