fbpx
Gambar yang dimuat naik di aplikasi Thread.

‘Rakyat Malaysia pergi melancong pun pemurah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap rakyat Malaysia yang disifatkan ‘terlalu pemurah’ mencuri tumpuan ramai selepas satu hantaran memaparkan dinding sebuah premis makanan di Myeongdong, Korea Selatan yang sarat ditampal wang kertas Ringgit.

Menerusi hantaran dimuat naik di Thread @Hanathesith, pelancong dari Malaysia meluahkan rasa terkejut melihat hampir keseluruhan dinding premis berkenaan dipenuhi wang kertas Ringgit yang siap ditulis dengan mesej ringkas sebagai kenangan.

“Malaysians are so generous (orang Malaysia sangat pemurah). Lokasi di Myeongdong, Korea Utara. Ahjumma (makcik Korea) sini sangat manis,” tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, wang kertas pelbagai warna dan denominasi itu memenuhi ruang dinding berhampiran kaunter, dipercayai ditinggalkan pelanggan sebagai tanda penghargaan, cenderamata atau sokongan kepada peniaga tempatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama di beberapa lokasi pelancongan popular luar negara, malah ada yang mendakwa wang kertas Malaysia antara yang paling banyak ditampal.

“Kalau dekat kedai makan Thailand pun selalu memang duit Ringgit yang banyak. Terkini saya pergi dekat kedai makan Phuket RM50 pun ada,” kata pengguna Nurghani berseloroh.

“Ini meja kami, yang kiri kanan depan belakang lagi banyak. Ini di Kunming Islamic Restaurant, Taipei,” komen Nane Ahmad.

“Aku pergi Sapa, Vietnam. Kedai makanan halal penuh dengan duit Malaysia tampal dekat dinding, siap bertulis. Orang Malaysia memang pemurah,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN