fbpx
Keadaan SK Sijangkang Jaya, Teluk Panglima Garang yang teruk dilanda ribut pada Oktober tahun lalu.

Lima sekolah terjejas ribut dibuka semula minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Lima sekolah yang terjejas teruk akibat ribut dan puting beliung di sekitar Teluk Panglima Garang di sini dijangka dibuka semula pada sesi persekolahan baharu minggu depan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, proses membaik pulih kerosakan terutama struktur bumbung melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, SK Sijangkang Jaya, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan hampir siap sepenuhnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Medan memaklumkan, bencana terburuk pada Oktober tahun lalu itu menjejaskan lebih 5,000 murid dengan kebanyakan sekolah mengalami kerosakan melebihi 50 peratus.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampung Medan, Nor Suhaida Saufi berkata, pihaknya melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada 1,200 murid sejak 20 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI