fbpx
Tarn muncul dalam program Hone Krasae. - YouTube

Isteri sarat hamil desak guru skandal suami dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita sarat hamil mendesak agar pengurusan sebuah sekolah memecat seorang guru yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan suaminya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Tarn dalam satu program temu bual berkata, guru wanita itu sudah menjalin hubungan dengan suaminya selama berbulan-bulan sehingga menyebabkan dia nyaris keguguran.

Menurut Tarn, kisah kecurangan suaminya mua terbongkar apabila lelaki itu mengambil cuti daripada tugas ketenteraan, namun dia tidak pulang ke rumah.

Selepas menyiasat, Tarn yang hamil lapan bulan mendapat tahu bahawa suaminya menjalin hubungan terlarang dengan seorang guru dikenali sebagai Bee.

Tarn berkata, dia meminta suaminya memilih antara dirinya dan guru itu, tetapi lelaki tersebut enggan membuat keputusan dan masih berdiam diri sehingga kini.

Tekanan daripada situasi itu telah menjejaskan kesihatan Tarn dengan teruk sehingga menyebabkan dia nyaris keguguran dan dimasukkan ke hospital.

Tarn berkata, dia mendesak agar guru itu dipecat daripada jawatannya, dengan alasan bahawa kelakuan tersebut menjadikannya tidak layak untuk mengajar kanak-kanak.

Dia juga sedia maklum bahawa tindakan meneruskan kes itu boleh menjejaskan kerjaya tentera suaminya dan berpotensi membawa kepada tindakan disiplin terhadap lelaki tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak tentera, manakala pihak pengurusan sekolah tempat Bee mengajar berkata, mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN