fbpx
WATKINS sasar kumpul 20 gol apabila kembali menemui sentuhan jaringan selepas meledak tujuh gol setakat ini. - AFP

EPL: Watkins mula letak sasaran gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIRMINGHAM – Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins sedia untuk menambah koleksi jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan menentang Crystal Palace di Selhurst Park awal pagi esok.

Pemain berusia 31 tahun itu kembali menemui sentuhan jaringan bersama Villa selepas meledak empat gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk menjaringkan dua gol ketika berdepan Chelsea.

Mengumpul tujuh jaringan setakat ini, Watkins melaungkan keyakinan untuk terus menyumbang jaringan buat pasukan itu selain menjadi pemain Villa pertama yang menjaringkan 20 gol dalam saingan Liga Perdana.

“Saya sentiasa mahu mengekalkan rentak konsisten apabila berjaya menjaringkan gol. Sudah tentu saya mahu menambah koleksi jaringan dalam saingan Liga Perdana musim ini kerana masih ada banyak perlawanan.

“Kebiasaannya saya sentiasa menamatkan kempen dengan angka dua digit dari segi jaringan. Bagaimanapun, 20 jaringan semusim sentiasa menjadi sasaran dan saya yakin untuk melakukannya,” katanya.

Villa kembali menemui rentak kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest 3-1 Sabtu lalu, beberapa hari selepas dibelasah Arsenal 1-4 yang menyaksikan rekod kemenangan berturut-turut lebur.

“Saya tahu saya bermula agak perlahan musim ini tetapi situasi sama turut berlaku dua musim lalu. Saya rasa sudah berada pada momentum terbaik dan ia beri keyakinan kepada diri sendiri serta pasukan,” ujar Watkins. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI