fbpx
Anwar diberi penghormatan melaksanakan istiadat peletakan kalungan bunga di Anıtkabir di Ankara, Turkiye hari ini

Anwar diberi penghormatan letak kalungan bunga di Anıtkabir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaksanakan istiadat peletakan kalungan bunga di Anıtkabir iaitu kompleks yang menempatkan makam pengasas negara Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk di Ankara.

Istiadat tersebut diadakan sempena lawatan rasmi beliau ke Turkiye yang sedang berlangsung ketika ini.

“Diberi penghormatan untuk melaksanakan istiadat peletakan kalungan bunga di Anıtkabir yang menempatkan makam Mustafa Kemal Ataturk, tokoh agung Turkiye,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurut Anwar, beliau turut dibawa meninjau persekitaran sekitar kompleks Anıtkabir, termasuk muzium yang menghimpunkan naratif sejarah, pengorbanan serta visi besar pembinaan negara itu.

Menurut beliau, kunjungan itu memberi ruang renungan yang mendalam tentang makna kepemimpinan, pengabdian kepada tanah air serta pentingnya nilai kenegaraan dalam membina masa depan adil dan bermaruah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI