fbpx
Antara kereta musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel servis dan cat kenderaan Proton di Jalan Industri 9, petang tadi.

51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan Proton di Jalan Industri 9, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.17 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan bangunan kelas B berkeluasan kira-kira 200 x 200 kaki persegi.

“Kerja-kerja pemadaman dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.28 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai 27 anggota dengan bantuan beberapa balai termasuk Sungai Buloh, Bukit Jelutong, Damansara, Petaling Jaya dan Rawang terlibat dalam operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI