fbpx
Pekerja, sukarelawan dan petugas My Clean Beach bergotong royong mengutip sisa sampah dan mengasingkannya di Pesisir Pantai Kuala Selangor baru-baru ini.

Usaha sama Hektar, Kechara Soup Kitchen, My Clean Beach laksana CSR untuk manfaat komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hektar Asset Management Sdn Bhd, Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah meningkatkan komitmennya dalam  Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui dua inisiatif kesukarelawanan yang dipimpin oleh kakitangan  selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang terpilih.

Program yang diadakan bulan lepas dengan melibatkan  25 pekerja Hektar Kechara Soup Kitchen itu melibatkan aktiviti membantu menyediakan, membungkus dan mengedarkan 365 set hidangan panas untuk membantu individu dan keluarga yang memerlukan di seluruh Jalan Imbi, Medan Tuanku dan Pudu.

Acara lain yang melibatkan pasukan Hektar dan My Clean Beach pula adalah membersih dan melindungi  pesisir pantai Kuala Selangor yang membolehkan kumpulan ini berjaya mengumpul sisa seberat 498.50 kilogram.

Usaha berpasukan itu dapat mengasingkan dan membahagikan sisa yang dikumpulkan.

Pembersihan ini mendedahkan gambaran jelas pencemaran marin, dengan sisa yang dikumpulkan terdiri daripada 292.4 kilogram sisa umum, 134.1 kilogram plastik, 40 kilogram barang besar yang dibuang, 24 kilogram timah dan logam, dan lapan kilogram kaca.

Aktiviti ini bukan sahaja menambah baik keadaan pantai tetapi juga mengukuhkan kepentingan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan pilihan harian yang mempengaruhi ekosistem marin. Melalui penyertaan secara langsung, sukarelawan memperoleh penghargaan yang lebih tinggi terhadap peranan individu dan organisasi dalam melindungi alam sekitar semula jadi.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar berkata, di Hektar REIT, komitmen kemampanan syarikat melangkaui aset sedia ada dan ia juga tentang menunjukkan sokongan kepada komuniti

“Saya berbangga dengan pasukan kami kerana melangkah ke hadapan dengan empati dan tujuan, dan kami akan terus membina budaya di mana penglibatan komuniti adalah sebahagian daripada cara kami beroperasi dan berkembang.

“Inisiatif bulan Disember lalu merupakan sebahagian daripada agenda alam sekitar dan sosial Hektar REIT yang lebih luas, yang diterajui oleh program praktikal yang menggalakkan penyertaan pekerja, mengukuhkan perkongsian komuniti, dan memberikan hasil yang ketara,” katanya dalam kenyataan.

Melangkah ke hadapan, Hektar REIT kekal komited untuk memajukan inisiatif yang menyokong komuniti yang lebih kukuh dan persekitaran yang lebih sihat, sambil terus menerapkan kemampanan ke dalam operasi harian dan keutamaan jangka panjangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI