CUACA kini bukan lagi isu sampingan, sebaliknya menjadi punca utama kepada pelbagai bencana di Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, corak hujan semakin tidak menentu dengan taburan tinggi dijangka berlaku lebih kerap sehingga mencetuskan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Perubahan itu memberi tekanan kepada muka bumi semula jadi, sistem perparitan, infrastruktur dan komuniti, khususnya di kawasan berisiko tinggi. Menurut Pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari……














