fbpx
Saifuddin Nasution pada sidang akhbar selepas menyerahkan sijil lahir seorang kanak-kanak di Bandar Sungai Buaya, Rawang, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

Suami masuk penjara, pusat serenti antara punca 9,528 kelahiran daftar lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Suami dimasukkan ke penjara dan pusat serenti atau pemulihan antara punca yang menyumbang kepada 9,528 kes pendaftaran kelahiran lewat sepanjang tahun 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun, statistik tersebut menunjukkan penurunan berbanding dua tahun lalu.

Menurutnya, bagi 2024, kes pendaftaran kelahiran lewat mencatatkan jumlah 12,265 manakala 2023 (13,442).

“Walaupun angka ini relatifnya kecil berbanding dengan jumlah 32 juta rakyat, namun ia tetap menjadi punca masalah kepada anak-anak jika ia tidak diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sijil lahir kepada seorang bayi yang berusia setahun empat bulan selepas ibunya Nor Hakikah Ismail, 24, menerima dokumen pengenalan diri (MyKad) Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima pelbagai alasan yang diberikan oleh pasangan berhubung pendaftaran kelahiran lewat.

“Antara alasan yang diterima mengapa daftar anak lambat adalah kerana suami masuk penjara dan pusat serenti. Selain itu, ada yang kata sebab tiada duit, tetapi sebenarnya jika daftar lewat merekan akan dikenakan denda.

“Jadi, pengajaran disini adalah perlunya masyarakat meningkatkan kepekaan tentang keperluan untuk mematuhi tanggungjawab terhadap undang-undang sama ada daripada status perkahwinan ataupun kelahiran,” ujarnya.

Justeru, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui JPN akan terus mempergiat usaha menerusi inisiatif Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi mengesan individu yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN