fbpx
BEBERAPA warga emas beratur untuk menerima pek durian percuma. - Foto Tangkap Layar/Facebook/8world

Pemilik gerai jamu durian percuma 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Ang Mo Kio, Singapura memberikan 200 pek durian percuma setiap hari selama lima hari, lapor portal berita asiaone hari ini.

Ia sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada hari pertama, semua durian itu habis dalam masa dua jam.

Menurut saluran televisyen 8world, dari 5 hingga 9 Januari ini, Nabayla Durian di Blok 530 Ang Mo Kio Avenue 10 akan mengedarkan pek durian XO dan D24 kepada warga emas berumur 55 tahun dan ke atas mulai pukul 5 petang (waktu tempatan) pada setiap hari.

Dalam tempoh tersebut, gerai sama turut menawarkan durian premium Black Gold Musang King pada harga diskaun SGD$8 (RM25) sekilogram.

Pada mulanya, pemilik gerai bimbang orang ramai tidak mengetahui tentang acara itu, tetapi berita mengenainya cepat tersebar, menyaksikan ramai warga emas beratur semalam ketika pemberian durian bermula.

Pemilik gerai itu yang dikenali sebagai Ah Ping berkata, itu bukan kali pertama dia memberikan durian percuma kepada warga emas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI