fbpx
Rakaman video menunjukkan kelindan meletak tangan yang memegang rokok di luar tingkap lori. - Instagram

Kelindan lori tangki minyak dipecat, merokok ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kelindan sebuah lori tangki minyak dipecat selepas merokok ketika menaiki kenderaan mudah terbakar itu, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam satu video tular di media sosial, tangan lelaki tersebut yang memegang rokok diletakkan di luar tingkap lori ketika kenderaan berat tersebut bergerak di jalan raya.

“Muatan yang dibawa adalah bahan mudah terbakar dan sangat berbahaya. Namun ironinya, kelindan lori menghisap rokok tanpa rasa bimbang.

“Adakah mereka tidak memikirkan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain?” kata keterangan video tersebut.

Susulan kejadian itu, Ketua Operasi PT Jagad Trans Energi, Dani Setiyawan berkata, kejadian berlaku ketika muatan tangki kosong.

“Namun, walaupun dalam keadaan tangki kosong, perbuatan menghisap rokok tetap tidak dibenarkan,” katanya.

Tambah Dani, syarikat mengambil tindakan tegas dengan memecat kelindan lori tersebut, manakala pemandunya digantung tugas dua bulan.

“Pemandunya turut bersalah kerana tidak menghalang perbuatan kelindan yang merokok. Ia adalah tanggungjawab pemandu,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI