fbpx
Mayat Mohd Saiful Azli Ahmad dibawa masuk ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi proses bedah siasat selepas ditemui tersangkut pada pokok bakau di kawasan perairan Pantai Sarang Burung antara Perepat dan Punggur, Rengit, Batu Pahat pagi tadi.

Doa ibu termakbul, anak ditemui dalam keadaan sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Doa tidak putus-putus dari seorang ibu agar anaknya yang dilaporkan ketika keluar menjaring di perairan Batu Pahat disini termakbul selepas ditemui tersangkut pada pokok bakau di kawasan perairan Pantai Sarang Burung antara Perepat dan Punggur, Rengit pagi tadi.

Selama empat hari berkampung di Jeti Sungai Tongkang Rengit, Khatijah Rahindi, 74, bersama dua anaknya akhirnya dapat menatap untuk kali terakhir wajah anak sulungnya Mohd Saiful Azli Ahmad, 45. itu.

Nur Syazwani Ahmad, 34, meluahkan rasa syukur apabila harapan dan doa mereka sekeluarga dimakbulkan Allah selepas jasad abang kandung ditemui.

Nur Syazwani berkata, sebelum jasad abang sulung daripada tiga beradik ditemui, mereka sekeluarga mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat.

“Saya bersama ibu dan ahli keluarga datang ke jeti ini setiap hari. Kami berharap abang akan ditemui, walau cuma jasadnya sahaja yang pulang. Alhamdulillah, penantian kami sudah berakhir.

“Saya masih teringat detik terakhir bersama abang pada Jumaat lalu, di mana abang sempat memasakkan juadah udang goreng untuk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail.

Bercerita lanjut, Nur Syazwani berkata, jasad abangnya masih berkeadaan elok dengan masih lengkap berpakaian.

“Wajah abang pula kelihatan cantik walaupun terlalu lama berendam dalam air. Terdetik dalam hati saya, apa amalan abang lakukan. Abang belum berkahwin tetapi cukup menyayangi empat orang anak saudaranya.

“Dia ada bela kucing dan membela anak saudaranya yang autistik dan juga pernah menjaga nenek sehingga akhir hayatnya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI